Tuesday, 2 October 2012

Tips untuk diri cantik . .




#panjangkan bulu mata tanpa kos .

-tak payah susah pakai bulu mata palsu panjang sedepa atau pakai ‘extension’
  cuma untuk nampak cantik .
-apa yang perlu anda buat ialah memotong sedikit bahagian hujung bulu mata kerana
  ia bakal memanjang dengan cantik nanti .
-jangan lupa memakai maskara juga untuk nampak lebih cantik dengan bulu mata yang
  panjang .
-tetapi pastikan anda potong hujung bulu mata sedikit sahaja . usahlah terlalu pendek .
  Kelak wajah anda diketawakan orang . *ingat potong sedikit sahaja .


#cara kempiskan perut buncit .

-asam keping . bagi mereka yang tak tahu , asam keping  digunakan untuk menyediakan
  laksa . tapi sebenarnya ia berguna untuk mengempiskan perut .
-ambil satu dua keping asam keping .
-masukkan ke dalam segelas air panas .
-biarkan beberapa jam sehingga asam keping ini mengembang dan air mulai suam .
-amalkan minum air asam keping ini setiap pagi dan malam .
-insyaallah perut anda yang buncit itu akan mulai susut sedikit demi sedikit .


#kepala gatal akibat kelemumur .

-mesti geram kan kalau kepala selalu gatal akibat kelemumur . terutama bagi mereka
  yang bertudung .
-untuk mengatasi masalah ini . perah air limau purut terus ke atas kepala .
-kemudian urut lah kulit kepala dan ratakan air limau dengan sempurna .
-memang ia akan menimbulkan sedikit rasa pedih tetapi sebenarnya ia bertindak
  bagus untuk mengatasi masalah kelemumur .
-biarkan selama beberapa jam .
-untuk hasil yang lebih baik . perapkan rambut anda dengan tuala .
-selepas beberapa jam . cuci lah rambut anda dengan air suam .
-insyaallah anda dapat lihat hasilnya .


No comments:

Post a Comment